Friday, October 5, 2007

Biografi Tayep bin Yop


Pengenalan.
Nama sebenar beliau ialah Tayep bin Yop, juga dikenali ramai sebagai Tayep Yop. Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1931. Beliau mula aktif didalam kegiatan seni pada tahun 1970an. Mula melukis sejak kecil dan semakin aktif setelah mencapai usia 30tahun. Tayep Yop belajar melukis dan mewarna bersendirian tanpa gerakan kumpulan seperti pelukis-pelukis sebelumnya. Seorang yang bersemangat dan tak mudah putus asa dalam percubaan menyampaikan mesej melalui karya seni tampaknya.

Minat beliau didalam seni telah menyebabkan ia mula mempraktikkan penggunaan warna dan berus sejak ia kecil lagi. Pelbagai lukisan telah dihasilkan oleh beliau yang rata-ratanya dipamerkan di dalam Negara kita, Malaysia sehingga ke hari ini. Hasil kerja beliau banyak menumpukan kepada kaedah warna acrylic.

Tidak seperti artis-artis seni tampak dibarat yang menonjolkan lukisan didalam pelbagai bentuk wajah seperti kiubisme, realisme, gothic dan sebagainya, karya-karya Tayep Yop lebih kepada bersifat surrealistik iaitu gabungan antara realistic kehidupan dan imeginasi, iaitu lakaran sifat fizikal kehidupan yang sebenar seperti pencemaran sungai, kekotoran hidupan laut dan sikap penari joget yang akan kami paparkan dengan lebih lanjut didalam kertas kerja ini nanti dalam bahagian seterusnya.


Sejarah Tayep Yop.

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang terawal menerima pengaruh keseniaan seni tampak. Penerimaan pengaruh seni tampak ini mula berlaku dengan hebatnya apabila British menjajah Negara kita pada kurun ke-18.

Terikut-ikut dengan sikap suri-suri rumah pegawai british yang kebanyakkan menghabiskan masa mereka melukis dan mewarna menggunakan warna air apabila suami mereka bekerja, ini telah menarik perhatian sesetengah orang-orang melayu ketika itu yang melihat lukisan sebagai suatu seni yang indah. Tambahan kemasukan rakyat Cina ke Negara kita pada abad yang sama, dengan membawa masuk kesenian cat acrylic dan lukisan khat telah mempelbagaikan lagi kesenian di tanah air kita ini.

Antara bahagian yang menerima pengaruh seni tampak yang terawal adalah di negeri Pulau Pinang yang sewaktu itu adalah negeri selat yang maju dan menjadi tumpuan pelbagai individu untuk mencari sumber pendapatan.

Ramai tokoh seni telah dilahirkan di negari Pulau Pinang. Antara yang terawal adalah Abdullah Arif, Ibrahim Abu Bakar, Chuah Thean Teng, Khaw Sia, Ju ping, Lee Cheng dan ramai lagi. Tokoh-tokoh inilah yang telah mula menyebarkan kesenian seni tampak ke daerah-daerah yang lain di serata Malaysia.

Ramai artis seni tampak yang telah lahir setelah itu. Antaranya adalah Tayeb Yop, yang melihat seni adalah medium yang baik untuk meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej kepada orang ramai. Mula bergiat aktif pada awal tahun 70an. Beliau adalah antara artis seni tampak yang terus terkenal sehingga ke hari ini. Walaupun telah menjangkau usia 76tahun. Beliau masih aktif dalam member sumbangan terhadap kesenian teruatama seni tampak didalam Negara ini.


Hasil seni dan pameran yang diceburi.

Tayep Yob telah berjaya menempah namanya di dalam dan luar Negara atas karya seni tampaknya. Pelbagai pameran seni lukis telah mengunakan karya beliau didalam pameran mereka. Antaranya adalah :

9June 1995 : A Colorful Contrast In Nature One Man Show at Ming Court Hotel (K.L.)

6May 1994 : JointArt Exhibition 2nd Generation at Hotel Istana

Oct. 1993 : Generasi Yang Kedua Bahagian Kedua (Penang Art Centre)

Aug. 1993 : Pameran Pelukis-Pelukis Catan Pulau Pinang - GenerasiYang Kedua

1992 : Seni Lukis Pesta Art 24

1992 : Pameran Pelukis-Pelukis Catan Pulau Pinang

1990 :Pameran Tahunan Balai Seni Lukis

1989 : Penang Art Society Annual Exhibition

1987 : Pesta Seni 1987

1987 : Pameran Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang, Pesta '87

1987 : Pameran Terbuka 1987 Di Balai Seni Lukis Negara

1986 : Pameran Seni Lukis terbuka Pesta Pulau Pinang

1985 : Pameran Seni Lukis Pesta Pulau Pinang

1982 : PameranTahunan Persatuan Seni Lukis Pulau Pinang

1977 : Pameran Tahunan Balai Seni Lukis Ke- 13

1976 : Pameran Seni Lukis Guru-Guru '76

1972 : PATA Exhibition

1972 : Batik Painting Exhibition

1972 : Pameran Seni Lukis Guru-Guru

1972 : Pameran Pelukis-Pelukis

1971 : The Penang Art SocietyAnnual Exhibition

1971 : Pameran Pelukis-Pelukis Tempatan Ke- 17

1971 : Pameran Seni Lukis Guru-Guru

1971 : Pameran LukisanTahunan Kesatuan Kesenian P Pinang

1970 : Pesta (Festival of Penang) Art Exhibition

dan pameran lukisan batik di California, U.S.A pada tahun 1979.


Antara lukisan berliau yang terkenal



Perkembangan semasa.

Tayep Yop makin bergerak aktif pada masa sekarang. Antara pameran yang dilakukan adalah bersama dengan Art+Earth dalam pameran menjaga alam sekitar dan yang terbaru pada April 2007 lepas, bersama Klue di The Attic Bangsar Kuala Lumpur.

Antara lukisan yang dipamerkan adalah bertajuk Pulau Bentong, Bunga-Bunga Di Dalam Laut, Gegaran, Pulau Perhentian dan banyak lagi.

Seperti lukisan-lukisan di atas yang dapat kita lihat. Tayeb Yop banyak menggunakan prinsip surrealistic yang mana lukisan yang dilukis banyak berkaitan alam-alam sekitar. Selain itu, lukisan beliau jugak banyak mengunakan kontra warna yang ketara pada bahagian-bahagian tertentu dan alunan-alunan warna pada lakarannya.

Antara contohnya seperti di muka surat 5 lukisan yang bertajuk Blue Lagoon. Alunan warna dapat dilihat pada lakaran air laut, dan kontra warna yang ketara antara warna biru lautan itu menonjolkan sampah-sarap yang cuba ditekannan. Ini menunjukkan bahawa Tayep Yop cuba menyampaikan kekesalannya didalam lukisan dasar laut yang indahnya itu.

Tayep Yop banyak mepamirkan lukisan yang sebegini. Antara contoh yang terbaru adalah di The Attic Bangsar didalam kempen kebersihan sungai dan alam sekitarnya itu. Lukisannya yang cantik dan indah itu, walaupun cantik mata memandang, tetapi terletak titik sindiran di dalamnya. Contoh lain karya beliau adalah karya Gegaran, satu bentuk kekotoran yang berada di dalam laut cuba dipaparkan. Cintanya terhadap laut dan alam sekitar membuatnya lebih suka melukis lukisan-lukisan berbentuk sebegitu.

Penutup.

Seni tampak telah memainkan peranan yang penting sejak dahulu lagi. Iaitu sebagai medium untuk melepaskan perasaan dan pencapain hasrat diri. Perjuangan ini diteruskan lagi sehingga kini oleh pelapis-pelapis yang baru. Antaranya adalah Tayep Yop yang mula menceburi bidang seni tampan ini pada awal tahun 70an. Keinginan yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap alam sekitar dan lautan telah menyebabkan ia memilih medium lukisan untuk melepaskan perasaannya terhadap orang umum.

Bergerak seorang diri tanpa kumpulan seperti pelukis sebelumnya, Tayeb Yop terus mengorak langkah satu demi satu untuk menjadikan beliau seorang pelukis seni yang terkenal pada masa sekarang. Peranan yang cuba dimainkan dan mesej yang cuba untuk disampaikan kepada umum melalui lukisannya tidak harus dipandang remeh. Walupun sudah mencecah usia 76 tahun, beliau masih lagi aktif dengan hasil seninya dalam menyampaikan buah fikiran dan idea didalam lukisannya kepada rakyat umum.

Ini menunjukkan seni tampak bukanlah sekadar seni yang dapat dilihat. Mesej yang hendak disampaikan dan peranan yang dimainkan oleh pelukis tidak harus dilupakan.


Rujukan
  • Google search engine
  • 2. Yahoo search engine
  • 3. Utusan express.
  • 4. Klue
  • 5. Earth + Art.
  • 6. Pulau Pinang art galeri web side.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP